Thursday, August 09, 2012

IKHLASKAN HATI

isshh..isshh..cover ckit perangai kamu yang x elok tuh ngee...

Indahnya sesuatu itu kerana indahnya kekuasaan Allah. Begitu banyak dalam kehidupan ini, jika kita semakin banyak belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu. Luasnya ilmu Allah. Serta, dalam setiap tiap kebajikan yang kita kerjakan, Allah membelinya dengan berganda-ganda harganya.

Ikhlaskan hatimu.

Pernah sekali dalam pengalaman dari kehidupan, kebajikan yang kita lakukan haruslah bersifat ikhlas hanya semata-mata kerana Allah. Bunyi ayat yang sungguh simple, tapi ia sukar untuk dilaksanakan.

Berapa ramai dikalangan kita, mempelajari agama, membaca al quran dan menyebarkan dakwah hanya kerana Allah swt? Bunyi ayat yang sungguh simple, tapi ia sukar untuk dilaksanakan.

Mengapa?

Kerana ketika di akhirat kelak, Allah akan memanggil golongan ini dihadapan Allah untuk dihitung amalannya lalu diperlihatkan segala hadiah yang bakal diberikan di akhirat tetapi sebelum itu, Allah akan bertanya, "Apa yang telah engkau lakukan?"..lalu manusia itu berkata, "Aku mempelajari ilmu Islam dan mengajarkannya kepada orang lain serta selalu membaca al-Quran kerana Mu". Allah berfirman yg bermaksud, "Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sebagai orang alim dan selalu membaca al Quran supaya engkau disebut sebagai qari dan engkau telah mendapatkan semua itu. Lalu Allah memerintahkan supaya malaikat diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampak kedalam api neraka.

Buah Lonjakkan

Ikhlaskan hatimu wahai manusia. Sekiranya terbiak didalam hatimu itu, secebis rasa ingin disanjung serta dipuji, ingatlah bahawa sanjungan dan pujian itu pasti akan datang kepada kita. Tetapi, jika kita benar-benar 0% bukan untuk disanjung dan dipuji, serta dilakukan hanya kerana Allah swt, sebuah nikmat kepuasan bakal diterima di dunia dan diakhirat.

Apalah yang ada didunia ini dengan hanya sekurap pujian dan sanjungan yang palsu jika dibandingkan dengan pujian Allah kepada kita diakhirat kelak. Sedarlah bahawa, dunia ini tempat kita berkebun, ibarat petani yang sedang membesarkan pohon-pohon yang mengeluarkan buah-buahan pahala, semakin besar pohon itu, semakin banyak buahnya.

Pahala menyebarkan dakwah semakin bertambah dan tidak sesekali berkurang. Alangkah ruginya jika hanya pujian manusia sahaja yang bertambah tetapi bukan pada pahalanya..

"Bila kita ikhlas dalam kehidupan, kita akan melihat dimensi dunia ini pada sudut yang berbeza"

p/s:pernah suatu hari tu minta tulun kawan settingkan my phone to silent mode,boleh dia tengking macam x ikhlas,sayer x berbulu sangat tapi kawan sebelah sayer yang dengar tuh hampir-hampir membalingkan kasut  setinggi 3 inci yang dipakainyer ke arah muka si berlagak baguih nih...ngeee.... sabar jerlah...


No comments :

Post a Comment