Posts

Showing posts from August, 2012

BONUS BALIK KAMPUNG

Image
Salam...semua,ada bayekkah ini hari?tak kan tak bayek kan?mao nyer mood bayek coz tetiber arini jalan raya pun tak bape nak jem...lengang jer dari pukul 8.30am,boleh landing-landing,kona baring pun mak tak kesah..heee....sampai kat opis kete pun x bape nak banyak macam bese..kalo ari biasa sampai main blocking-blocking lagik,dengan student yang sesuka hati nak parking kete kat staff punyer tempat,tapi skang suka atiklah nak parking mana pun,tempat kosong banyak lagik,x perlu berlanggar punggung,space besar- space besar ngeee.... korank yang dah bergaji ni dah dapat ker belum duit BONUSnyer,orang tua sayer tanya"awak dah dapat ke belum duit bonos?hehehe...kan kelakor jer bunyiknyer...Kira okaylah dapat bonus tahun ni,walaupun setengah bulan jer janji dapat yer dak?daripada langsung tak dapat...syukur jugaklah...sekurang-kurangnya lepaslah juga duit pasar lepas raya ni nanti.Pernah dengar tak lepas raya jer berputih mata sebab apa?sebab mengamalkan sikap boroslahkan... contoh pali…

NIKMAT KEDUKAAN

Image
wordless wednesdaylah kan...sampailah petang ni senyap jer blog nih xder topik hangat lagik nak dikepohkan dan nakditerjah..eh,ape ko bilang,hangat?.kah..kah.kah...terjah dapat kuih raya free ader lar kot..siap pesan kat member "kalo ada yang nak bagi lagi kuih raya,roger2 @riki2lah yer"fuyo!...sajer bagi hint yang kat dalam dengar ngeeeee...noty-noty jin betollah...tapi menjadiklah jugak trick basi tu...ngeeee...ermmm...sajerkan buat hepi,padahal hati x hepi pun,pesal ape ni cik?eh silap puan...ermmm...adakah patut time-time nak raya nih tuan rumah naikkan harga sewa rumah...haiiiyooo sound like weird (tolong jangan menyumpah dalam hati yang suci ni)...nampaknyer harus berganjak teruslah dari rumah tu..x hengat punyer kenaikkan yang dia dah maklumkan tadik tuh...memang potong stim betullah...abang bilang "kalo x kuat mental tu nak meniaga ,bayek jangan",nantikan abes satu badan berangin...x berangin pun bang cuma "bulu bertemu bulu,jadi berbulu jer dengan own…

SHARING IS CARING!

Image

PERFUME FARCENT

Image
Biasanya kalo kat umah,sayer gunakan wangian ambipure...even kat toilet pun nak bubuh juga penyegar wangian nih (sajer buat kerojer) ngeee...dan sejak akhir-akhir ni tetiber plak bertukar kepada wangian farcent,ummphh..wangi pun wangi,dan sejak ader plak sale murah dan hebat kat giant...waiiseehhh!! bak kata orang sarawak..ngeee...makin menjadik plak tolak trolley angkut wangian farcent tak perlu pandang kiri kanan wahahaha...begitu hebat sekali kuasa membeli dan mengkuruskan duit dalam wallet tu.Lagik plak dengan kawan yang turut sama memberikan sokongan dan dorongan, kecepatan jer tangan mencapai satu persatu wangian yang dijual kira murahlah jugak dari harga biasa.time nak raya ni sale sana sini,tapi baju raya x mao juga turun harganyer.makin naik adalah dari setahun ke setahun..xper amik yang junjung pun jadik asal ada baju raya yer dak?cantik pun cantik...x yah nak gojes sangatlah dengan harga mahal tu.. tup-tup tu ha! kat dapur jugak tempatnyer ngeee....

Wangian?kenapa tetiber c…

DEMAM NAK RAYA

Image
Mood x beberapa nak mood sangatlah monday mornink ni kan,almaklumlah badan tidak beberapa naksihat...demam batuk selsema semua ada,cukup package..baru  dua bulan sihat dari demam aritu skang demam lagik..aduyai..demam ni memang suka sangat agaknyer nak landing-landing kat dalam badan sayer nih,xperlah mungkin juga voley menghapuskan dosa-dosa kecil ngeee...konon-konon petang semalam tu laratlah nak jejalan carik-carik baju raya,dengan cuaca panasnyer..tekak pun dah kering,air liur yang nak ditelan pun macam dah xder jerjalan pun dah senget sebelah the..he.he.he.,ha itulah dia ujiannya berpuasa bila antibodi badan tidak bekerjasama dengan kesihatan(cuba11 lah fhm ayat nih yer) sehelai dua baju raya untuk tahun ni,tudung jer lagik belum jumpa yang voley matching itu baju kurung.Nanti-nantilah drop by kat giant ker tesco ker,coz nak merempit ke jusco macam jauh jer n buank masa jer kan?mencecehlah plak nanti dengan jem bagainyer..so no need to waste ur time natasha...ngeee...

kali nih t…

TAHNIAH KEPADA PANDELELA RINONG

Image
wah! x sangkakan cempedak jadi nangka ngeee..,tetiba  jer nama pandelela diangkat dengan harapan mungkin akan berjaya mendapat sebutir emas untuk malaysia.Walaupun mendapat gangsa tapi sayer tetap berbangga dengan pencapaiannyer itu.mental dan fizikal harus kuatkan?bukan senang nak senang, ditonton plak dengan ribuan penonton,wah! salute sama youlah..ngeee..bertambahlah lagi 1 pingat untuk malaysia.well done..go! go! go! malaysia!..
Gadis Bidayuh berasal dari Bau, Pandelela Rinong mengharumkan nama Negeri Sarawak dan Malaysia, setelah berjaya memenangi pingat gangsa (tempat ketiga) dalam acara terjunan wanita individu akhir 10m platform yang di adakan di Pusat Aquatik pada Sukan Olympik London 2012 beberapa jam yang lalu.

Berusia 19-tahun, Pandelela atau lebih mesra dikenali sebagai “Lulu” oleh teman karibnya, telah mempamerkan prestasi yang cemerlang pada hari Rabu lepas pada peringkat separuh akhir dan kesungguhannya memberi Malaysia harapan baru untuk memperolehi pingat kedua pada S…

TUKAR IMEJ

Image
Agak dah lama jugalah rasanyer sayer menyimpan rambut panjang,tapi kali nih macam dah xle nak cover lagilah..tahan punya tahan..rambut ni asyik gugur jer tapi xder la sampai botak ngeee..syampu herba yang direkemenkan pun x bape nak jalan...:( (tetiber teringat pakar rambut yun nam hair care)ngeee...sumpahlah x mao jadik macam tuh..cuma bila time nak menyikat rambut,bersyampu time nak mandi tu...mulalah sesenang rasa jer nak luruh rambut tu..aiissshh..xle jadi nih...Begitu juga time nak menyapu kat rumah,habuk x banyak mana pun..rambut jer yang lebih...Jadi untuk tidak mao berfikir panjang lagik,haruslah daku berkorban memotong rambut nih,agak-agak nak jumpa lg x aunty momo tu ..ala hairdresser aritu...pasal rambut sayer nih x wat waterjack(ke hapo benda ntah) katanyer..itu yang dok asyik gugok ajer tu...xpelah sayer nekad x mao berpesen-pesen sangatlah...potong square pendek janji voley ikat x gitu...kalo rambut x ikat x sahlah you coz kalo bertudung dia jadik rimaslah, peluh-peluh …

IKHLASKAN HATI

Image
Indahnya sesuatu itu kerana indahnya kekuasaan Allah. Begitu banyak dalam kehidupan ini, jika kita semakin banyak belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu. Luasnya ilmu Allah. Serta, dalam setiap tiap kebajikan yang kita kerjakan, Allah membelinya dengan berganda-ganda harganya.

Ikhlaskan hatimu.

Pernah sekali dalam pengalaman dari kehidupan, kebajikan yang kita lakukan haruslah bersifat ikhlas hanya semata-mata kerana Allah. Bunyi ayat yang sungguh simple, tapi ia sukar untuk dilaksanakan.

Berapa ramai dikalangan kita, mempelajari agama, membaca al quran dan menyebarkan dakwah hanya kerana Allah swt? Bunyi ayat yang sungguh simple, tapi ia sukar untuk dilaksanakan.

Mengapa?

Kerana ketika di akhirat kelak, Allah akan memanggil golongan ini dihadapan Allah untuk dihitung amalannya lalu diperlihatkan segala hadiah yang bakal diberikan di akhirat tetapi sebelum itu, Allah akan bertanya, "Apa yang telah engkau lakukan?"..lalu manusia itu berkata, "Aku mempe…

CIRI-CIRI AHLI SYURGA

Image

PENTINGNYA AIR DALAM TUBUH BADAN

Image
Time posa ni tidaklah sayer terlalu lapar,cuma macam kedengaran ada bunyi loceng menandakan tekak kering dan memerlukan air untuk menghilangkan dahaga.. ngeee...haiip!!..x voley macam tuh...sabar-sabar tahan,jangan ikut sangat nafsu tuh...lagi berapa minggu jer kan?korank dah beli baju raya?kuih raya buat sendiri ker atau macam sayer ni ha tunjuk-tunjuk jer wif my finger point ngeee..abeslah menceceh en.somi kuarkan duit nak membayornyer..ades..lari tajuk plak dah,sebenarnya nak btao fungsi air penting especially bagi kita yang berpuasa memerlukan banyak air dalam badan yang kering untuk top up balik tu ikutilah panduan kat bawah ni yer :)

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65% air manakala 55% bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir & agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air dalam badan setiap orang berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 pe…

NGEEE...OH MY ENGLISH!

Image

DOSA PERUT MEMBAWA MUDARAT

Image
Bulan Ramadhan datang lagi! Seperti biasa, sempena bulan Ramadhan, para peniaga kecil-kecilan dan sederhana akan berusaha berhabis-habisan untuk mencari rezeki lebih. Bazaar-bazaar Ramadhan merupakan antara medan untuk peniaga-peniaga ini berniaga dan mencari rezeki khususnya peniaga-peniaga makanan dan minuman. Dek kerana pelbagai pilihan disajikan, pelbagai juadah dibentangkan di hadapan mata maka, ada sesetengah antara kita yang agak lemah imannya seringkali terikut akan kehendak nafsu yang melampau dan membeli sehabis mungkin.
Akhirnya makanan yang dibeli dengan kuantiti yang berlebihan itu bukan sahaja tidak habis, malah dibuang begitu sahaja akibat tidak mampu lagi untuk ditelan. Secara tidak langsung antara sedar atau tidak, pembaziran berlaku. Maka apabila seorang yang berpuasa itu melakukan pembaziran yakni amalan syaitan, secara tidak langsung juga pahala puasanya juga akan turut berkurangan.

Firman Allah S.W.T: Wahai manusia, makanlah apa-apa yang ada di bumi i…