Friday, August 10, 2012

TAHNIAH KEPADA PANDELELA RINONG


wah! x sangkakan cempedak jadi nangka ngeee..,tetiba  jer nama pandelela diangkat dengan harapan mungkin akan berjaya mendapat sebutir emas untuk malaysia.Walaupun mendapat gangsa tapi sayer tetap berbangga dengan pencapaiannyer itu.mental dan fizikal harus kuatkan?bukan senang nak senang, ditonton plak dengan ribuan penonton,wah! salute sama youlah..ngeee..bertambahlah lagi 1 pingat untuk malaysia.well done..go! go! go! malaysia!..
Gadis Bidayuh berasal dari Bau, Pandelela Rinong mengharumkan nama Negeri Sarawak dan Malaysia, setelah berjaya memenangi pingat gangsa (tempat ketiga) dalam acara terjunan wanita individu akhir 10m platform yang di adakan di Pusat Aquatik pada Sukan Olympik London 2012 beberapa jam yang lalu.

Berusia 19-tahun, Pandelela atau lebih mesra dikenali sebagai “Lulu” oleh teman karibnya, telah mempamerkan prestasi yang cemerlang pada hari Rabu lepas pada peringkat separuh akhir dan kesungguhannya memberi Malaysia harapan baru untuk memperolehi pingat kedua pada Sukan Olimpik London kali ini.

Acara tersebut (berlangsung pada jam 3 pagi, Jumaat waktu Malaysia) berkeputusan pingat emas di menangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata), perak oleh Brittany Broben dari Australia (366.50 mata) sementara Pandelela berjaya memenangi pingat gangsa dengan pungutan 359.20 mata.
Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas pingat perak berjaya yang disumbangkan oleh Datuk Lee Chong Wei dalam acara akhir badminton perseorangan lelaki apabila tewas dengan Lin Dan dari China dalam rubber-set pada hari Ahad yang lepas, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Olympik Beijing 2008.

Pandelela, yang lahir pada tarikh 2hb March, 1993 mempunyai ketinggian 5'3 ", berat badan 52kg, telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan kini sedang menuntut di sebuah Universiti sebenarnya bukan nama yang asing dalam acara terjunan ini terutamanya di rantau Asia dan juga Asia Tenggara.
  "I am so happy with winning this medal. It is something that I had only dreamt off and now diving can look at it as a turning point.

"I feel that a huge burden has been lifted off my shoulders and we can now look forward to better times," she said.

 p/s:gadis bidayuh dari bau rupanyer,samalah kita ngeee..

7 comments:

  1. awak pun bidayuh jugk ke? hehe.. impressed!

    ReplyDelete
  2. Aah..x sangka,kpg sebelah jer...ngee...

    ReplyDelete
  3. oooo... comey.. tapi muka nampak cam melayu tulen..

    ReplyDelete
  4. isabel diaz:go!go! caiyok..caiyok! :)

    ReplyDelete
  5. go sarawak!! go malaysia!! yeah! smangat:)

    ReplyDelete
  6. Momo: semangat! Akak xle nk semangat sgt tetibe jer semput ngeeee....owh! Demam jangan punahkan semangat akak nk beraya :-)

    ReplyDelete

UPDATE TERBARU DI TAHUN 2022 SELAMAT HARI RAYA

 Assalamualaikum,masih dalam mood raya ke tew?ya allah rasa kekok plak sbb dah lama x menulis story kat cni.relevan lg blog ni kan?,even dah...