Thursday, December 17, 2015

HIDUP & MATI KETENTUAN ALLAH

Salam,kengkawan alam maya..sedar tak sedar dah nak masuk penghujung tahun 2015.Banyak perancangan yang hendak dibuat ada yang jadi dan ada juga yang tak menjadi,semuanya dek kengkangan masa yang begitu mencemburui kita.think positif sahaja,itu semua ketentuannyer..redha sahaja.

Lately ni,banyak sangat berita,cerita sedih perkhabaran tentang kematian.kita tidak mampu menolak..kun fa ya kun...maka jadilah..terima dan bersedia untuk ke alam seterusnya.persoalannya sudah bersediakah anda?itu yang sering menjadi soalan dan tanda tanya kepada diri kita yang masih lagi hidup dan bernafas di bumi ciptaannya yang dianugerahkan oleh allah untuk kita duduk dan sujud kepadanya.semuanya milik dia.kita hanya menumpang sahaja.melakukan kebaikan,jangan pernah lupa kepadanya..

Kematian tidak pernah mengenal usia,kawan sepejabat dulu pun dah pergi mengadap ilahi disebabkan jangkitan paru-paru berair,yang terbaru ni plak anak sepupu yang baru berusia 25 tahun pun sedang bertarung dengan nyawa di hospital sekarang ni.semua benda-benda ni menjadikan kita perlu kenal erti nilai  kesyukuran..bersyukur dibekalkan kesihatan yang baik.cepat dan lambat sahaja,semuanya akan ke sana.

semoga diri ini juga selalu beristiqomah,menambahkan pahala dan yang paling penting jaga solat,sentiasa bersyukur dengan segala apa jua yang dia tetapkan umtuk kita.semoga kita semua tergolong dalam rahmatnya.amin

No comments :

Post a Comment