Wednesday, September 26, 2012

Shila Amzah - Juara Asian Wave 2012 (china)

Gaya bersahaja..sang juara
Pelantun lagu "Patah Seribu", Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China malam tadi.

Berita gembira ini disahkan oleh adik-adik Shila, Syahir dan Syada yang memberikan ucapan tahniah melalui akaun Twitter.

"Alhamdulillah. @Shilaamzah is the champion for Asian Wave 2012! Thanks to you guys for voting. Let's trending #TahniahShilaAmzah," dipetik daripada akaun Twitter Syahir.

Bersaing sengit dengan lima finalis dari negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India, Shila telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu "Gemilang" nyanyian Jaclyn Victor, "Grenade" nyanyian Bruno Mars dan juga lagu hit Mandarin berjudul, "Conquering" nyanyian Na Ying.

Pada mulanya, peserta dari China mendahului di tangga teratas dengan undian secara talian iaitu melebihi 140,000, manakala Shila berada di tempat kedua dengan 69,000 undian.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan, Shila mengakui terkejut dengan pihak media di China yang melabelkan dirinya sebagai penghalang kepada peserta dari negara republik tersebut menjuarai pertandingan ini.

Pertandingan ini telah bersiaran pada jam 8.30 malam dan berlangsung selama empat jam.

Menjuarai Asean Wave 2012
Asian Wave 2012 adalah program nyanyian versi Cina yang hampir sama dengan sebuah program di Korea Selatan, "I Am Singer" terbitan MBC dan "The Voice" terbitan Mnet.
Sama-sama kita saksikan video kelantangan suara shila amzah dalam pertandingan ini..confirm meremang bulu ngeee...






7 comments:

UPDATE TERBARU DI TAHUN 2022 SELAMAT HARI RAYA

 Assalamualaikum,masih dalam mood raya ke tew?ya allah rasa kekok plak sbb dah lama x menulis story kat cni.relevan lg blog ni kan?,even dah...