Tuesday, August 07, 2012

PENTINGNYA AIR DALAM TUBUH BADAN

pentingnya air dalam badan kita
Time posa ni tidaklah sayer terlalu lapar,cuma macam kedengaran ada bunyi loceng menandakan tekak kering dan memerlukan air untuk menghilangkan dahaga.. ngeee...haiip!!..x voley macam tuh...sabar-sabar tahan,jangan ikut sangat nafsu tuh...lagi berapa minggu jer kan?korank dah beli baju raya?kuih raya buat sendiri ker atau macam sayer ni ha tunjuk-tunjuk jer wif my finger point ngeee..abeslah menceceh en.somi kuarkan duit nak membayornyer..ades..lari tajuk plak dah,sebenarnya nak btao fungsi air penting especially bagi kita yang berpuasa memerlukan banyak air dalam badan yang kering untuk top up balik tu ikutilah panduan kat bawah ni yer :)

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65% air manakala 55% bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir & agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air dalam badan setiap orang berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru & 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari walaupun seseorang itu tidak aktif. Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium & kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.


Berapa banyak air diperlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air atau satu liter air sehari namum jumlah pengambilan ini mungkin berbeza bagi setiap individu..Air yang keluar perlu diganti segera untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius boleh membawa maut.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan meminum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma & badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan & kekurangan air boleh meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Antara tanda kekurangan air termasuklah :
* cepat letih, jadi kurang aktif
* terlalu dahaga
* mulut kering
* mengantuk
* air kencing sedikit & pekat
* air mata terlalu sedikit
* lemah otot
* sekit kepala dan pening

Jika keadaan lebih serius, individu terbabit mengkin mengalami masalah :
* tekanan darah rendah
* denyutan jantung menjadi cepat
* kurang berpeluh
* mata cengkung
* kulit menjadi kering & tidak kenyal
* demam
* meracau
* pengsan
* boleh juga membawa maut


** mulakan amalan kesihatan yang baik untuk diri kita. Caranya cukup mudah, cuma minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas atau satu liter air sehari..

2 comments:

UPDATE TERBARU DI TAHUN 2022 SELAMAT HARI RAYA

 Assalamualaikum,masih dalam mood raya ke tew?ya allah rasa kekok plak sbb dah lama x menulis story kat cni.relevan lg blog ni kan?,even dah...