Monday, July 30, 2012

ASAL USUL KEJADIAN NAFSU

 Jangan Membeli makanan Yang Banyak mengikut NAFSU Ketika Berbuka puasa
Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Persoalannya, kenapa Allah SWT ciptakan nafsu dan letakkan dalam diri manusia?
  Sebagai ujian kepada manusia. Kedua: perlunya nafsu untuk melengkapkan manusia sepertimana enjin kereta yang memerlukan minyak. Jika pembakaran berlebihan, dengan kereta-kereta sekali terbakar. Jadi harus dikawal oleh enjin, bagi manusia dikawal oleh akal fikiran. Lebih kurang begitulah

Wednesday, July 25, 2012

MALANG MENIMPA


uhuhuhuuuu...sabar-sabar..

Dunia pasti berputar...
Ada saatnya semua harus berubah..
Ingat pasti bertukar..
Kita harus siap hadapi semua...
Ikhlaskan segalanya..
Jalani semua yang ada...di dunia...

Macam pernah dengar jer lagu ni ke @ pantun yang cuba direka?Alah memang dah ada dah,nilah dia lagu  (ST12)..dunia-dunia..pasti berputar tapi kalo berubah?macam mana tuh?.Alkisahnyer semalam...berubah apabila blog sayer yang satu lagi digodam oleh si programmer nazaryman..eeeii...jahatnyer korank..dah xder keje ker? dahlah siap pasang lagu lagi..xkan cjuk hati sayer bila dengar lagu yang hackers ni masukkan.. sayer  faham dan hackers nih memang xkan faham....penat lelahnyer nak buat blog,tambah lagi dengan followersnyer,nuffnang,tip-tips yang kat dalam tuh...dalam bulan posa ni juga lalat-lalat nih buat kerja menyusahkan blogger picisan macam sayer nih,baru nak kenal dunia blog nih macam mana,kamu dah buat hal...sabar je lah...


Bayangkan disebabkan hackers ni,satu hari dok email sana sini,message kat facebook,tanyer kengkawan yang ada blog, pernah kena x kes macam sayer nih?Haru birulah hidup sayer semalam.Istighfar bebanyak membantu sayer untuk kuat terhadap golongan nih...jangan kamu cuba landing-landing lagi kat blog sayer yang x seberapa nih...Harap sesangat...