Friday, December 28, 2012

AKU DAN ALAHAN

 Pekabo,ada chat ke?dah lama aku x update belog nih..gara-gara alahan yang teruk..pening muntah,loya x usah kiralah..yang penting kene banyak bersabar..dan skang nih air liur plak kuar dengan banyaknya..kehulu kehilir aku bawa plastik...geli  memanglah geli.tapi itu semua dah dugaan..aku terpaksa terima dan mengharunginya...nak bercakap dengan orang pun mood tu macam ke laut ckit..lebih banyak berdiam diri..mungkin kalo dah masuk trimester yang ke 2,insyallah dipermudahkan segalanya....

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

Thursday, December 06, 2012

ANNUAL DINNER 2012

Kebiasaannya dinner akan dibuat pada hari sabtu,tetapi memandangkan banyak tempat yang  telah dibooking oleh event dari kompeni yang lain, maka terpaksalah dinner untuk kali ni diputuskan untuk dibuat pada hari RABU....Sekali lagi ra..buu....,dan besoknyer kene datang keje macam ari biasa no cuti-cuti..,penatnyer badan walaupun tak drive,hanya menjadi penumpang tegar jer pun...dah ke laut dah rasanya badan dan urat-uratan...mihmihmih...

Aku nak tulis lagi tapi macam dah tepu jer kepala aku nih...so lelayan gambar jerlah yer korank heh....:)

Pose memasing
Antara menu yang menarik

Shila Amzah artisnyer


Friday, November 30, 2012

5 CARA BERSIHKAN HATI


Umpama cermin yang kotor yang tak pernah dibersihkan. Semakin hari ia menjadi lebih kotor dan berhabuk, sehingga yang nampak hanyalah hitam dan kita tak dapat melihat diri kita untuk berhias.
Kemudian kita ambil cermin itu lalu dibersihkan dengan sabun dan air sehingga kelihatan berkilat dan mempu memantulkan cahaya. Dan kita dapat melihat keadaan diri kita dengan jelas dalam cermin itu.
Begitu juga dengan hati, ketika hati sudah hitam dan dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang kotor sepatutnya kita bersihkan hati itu juga.
Jadi, cara membersihkan hati adalah dengan bertaqwa kepada Allah SWT menerusi 5 tindakan penting ini:
1.Mua'hadah-
 Mengingati Perjanjian kita dengan Allah sehingga hati kita tidak hitam kerana selalu ingat janji yang sering kita ucapkan kepadaNya.
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji….“ (Q.S.An Nahl:91) juga perjanjian seperti yang terdapat didlm Q.S. Al-A'raf:172 dan Al Fatihah:5
2.Muroqobah-
 Merasakan kekuasaan dan kebersamaan Allah.
Muroqobah dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah adalah beramal dengan Ikhlas.
Muroqobah terhadap maksiat adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara total.
Muroqobah dalam perkara mubah/ samar adalah dengan menjaga adab dengan Allah dan bersyukur atas segala nikmatNya.
Muroqobah dalam musibah adalah dengan redha terhadap ketentuanNya serta memohon pertolongan- Nya dgn penuh kesabaran.
“Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya dan jika memang kamu tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah melihat kamu“
3.Muhasabah -
Menghitung/ menilai diri sehingga setiap hari ada peningkatan iman dan taqwa dan semakin jauh dari kemungkaran, seperti cermin yang setiap saat dibersihkan dan kita dapat melihat wajah kita setisp hari dengan jelas.
“Hai orang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri perhatikan apa yang telah dibuat untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan“ (Q.S. Al Hasyr:18)
Dari Umar al Faruq r.a. berkata, “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang pada hari yang agung (hari kiamat). Di hari itu kamu dihadapkan kepada pemeriksaan, tiada yang tersembunyi dari amal kalian walau 1 pun"
Bagaimana mungkin memperbaiki diri jika tidak ada muhasabah, tanpa muhasabah tidak akan ada perubahan.
4.Mua'qobah-
 Menghukum diri ketika melakukan dosa and menghargai diri ketika buat kebaikan. Ini menjadi motivasi dalam hidup supaya terhindar dari dosa dan terus menerus menguatkan keimanan dengan kebaikan.
Apabila seorang mukmin melakukan dosa maka jangan membiarkannya. Kerana membiarkan diri dalam dosa mengundang datangnya dosa lain dan semakin susah untuk meninggalkannya.
5.Mujahadah-
Apabila seorang mukmin terjerumus dalam kemalasan, suka berehat, cinta dunia dan tidak melaksanakan amal sunnah/ ketaatan maka ia harus memaksa dirinya melakukan amal2 sunnah itu.
“Dan orang2 yang berjihad (mencari keridhaan) Kami, benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sesungguhNya Allah benar2 beserta orang2 yang berbuat baik": Q.S. Al ankabuut:69
Beramal bukan seadanya tetapi bersungguh dalam keadaan apa saja.
Dari Abu Hurairah bahwa beliau berkata, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai selain dari amalan2 wajib dan seorang hambaKu senantiasa mendekat kepada-Ku dengan melakukan amalan2 sunnat, sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintai-Nya, maka Akulah yang menjadi pendengarannya dan sebagai tangan yang digunakannya untuk memegang dan kaki yang dia pakai untuk berjalan dan apabila ia memohon kepada-Ku pasti Kukabulkan, dan jika berlindung kepada-Ku pasti Ku lindungi.’’
Dengan mujahadahlah, seorang muslim akan memberikan amalan yang terbaik. Dan amal terbaik akan menghasilkan hasil terbaik, fiddunia wal akhirat

Wednesday, November 14, 2012

CUTI NI KEMANA?

Banyaknyer cuti  bulan november ni kan?skang nih cuti deepavali plak,maka melantunlah aku duduk sorank-sorank kat rumah,makan-makan..mengadap tv,tv mengadap aku,tetiba tido...mihmihmih...heaven juga cuti nih sekali sekala,eh...besok pun cuti lagik kan?aku siang-siang nih x kemana,sebab itu en.somi kene kojer la...so memalam jer merempit ke kota damansara...cuci mata...jalan plak kat the curve..nampak ada live band,so landing kejap dengar lagu awek-awek cun tu nyanyi...tetiba lapar nak cari makan,makan la kat food court yang ohmaaaiiigad!!..giler tak sedap,menyesal x makan kat kedai yang macam taman bunga tuh...ahhhh...sangat regret...terserempak plak dengan izara aisyah..aihh..x tinggi mana pun..tapi hubby jer yang pasan selisih bahu dengan kita orank...aku dok cari..mana?mana?heeee..giler sakai kejap..

Sempat plak p toy r us,cari replika motor simon celli...yang valentino rossi tu dah ader...aku x minat bab-bab nih,cuma layan ikut jer,time nak bayor tu,aku nampak akak tu beli mainan anaknya sampai rm500++,pengsan kan? kalo aku beli kat giant n tesco jer..x payah nak memahal sangatkan?tapi dorank  duit lebih,so x kesah lah kot...aku plak yang kesah kan?mihmihmih...dah abes tawaf 1 kedai tu,turun bwh plak,ada kedai alatan senaman,en somi dok usha satu alat senaman tuh,maka terus buat keputusan beli dan boleh buat exercise kat rumah...sat lg kempislah perut tuh..ahak.aku x beli papepon,sebab x der yg  berkenan,cuma window shopping jer...begitulah citer aku di masa cuti deepavali nih...petang tu terbau masakan kari semua ada,tetiba en.somi sound.."eh..jiran sebelah x jemput ker datang rumah...?me:x perlu yer..lgpun...ahahahha..x abes aku nak cakap..memang xlah nk perginyer,sajer jer...heee...

Thursday, November 08, 2012

BATUK DAN TEKAK GATAL

Baru jer sihat aritu,dah batuk balik,mesti doktor tu pun pelik asyik nengok aku jer p amik ubat yang sama selang sebulan,dah nak buat macam mana,batuk bukan sebarang batuk eceh..batuk yang voley terkeluar air mata,pasal tekak tu gatal,miang, perit semua ada...hopefully this saturday recover balik coz ada assembly dengan bos..malu la kekalo tetiba batuk tak berenti  sampai tertahan-tahan air mata ngko..nak menceceh kemana?bukannya voley kuar sesuka hati buat-buat muka simpati n excusekan diri nak keluar untuk batuk yang tak perlu ditahan dan batuklah sesuka hati...vain..dan ada plak drama kekawan kat hall tu memandang  dengan penuh simpati,ada ker?bertabahlah yer tasha...dan aku rasa tips kat bawah nih   mampu membuatkan mood ku ceria balik...mungkin jer?
owh..limao nih da abes dah dibuat minuman aritu..aaiiihhh...


Bagi merawat batuk dan kegatalan pada tekak, ambil
segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji
perahan air limau nipis dan empat camca besar kicap
masin. Minum tiga kali seminggu
sebelum tidur. Insya allah batuk akan berkurangan
dan beransur pulih.
Sekiranya tekak anda gatal dan anda sukar bercakap ,
jangan ‘ ahem ‘ untuk melegakannya . Memaksa tekak
untuk batuk
boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara
menjadi garau , amaran daripada pakar University of Michigan
Cara mudah untuk melegakan tekak ialah dengan
meneguk secawan air ataupun menelan . Ingat air
sangat penting dalam tubuh
badan kita.


Tuesday, November 06, 2012

SEJUKNYER...DI BULAN NOVEMBER

Tajuk jer pun...sejuk? tapi memang sejuk pun semenjak hujan di bulan november nih,memang sejuk-sejuk sangat...dan harus sweater itu mengekori dimana sahaja aku berada weehuuu...gitu...dah syok-syok aku nak buat entri nih,x pahamlah aku ke korank pun pernah kene macam aku nih...semenjak dua menjak nih orang insuran dari AIA,mewakili maybanklah,dan baru tadik dari bsnlah...aduh...aku betul-betul rimaslah...macam mana maybank & bsn bley bagi kat pihak insuran nih maklumat kita yer?tapi nak selamat aku cuma cakap hubby x bagi lagi n nanti kalo-kalolah aku ubah fikiran akan aku call baliklah no youoollls nih...dah gitu,letak tepon terus...x minat betul aku,tapi kalo kita sendiri yang nak xper jugakkan...aku takut la tertipu macam dedulu aku amik kat insurans P.....nih,adakah kata umur macam aku nih masa tu lah...baru 21 tahun...kene amik insuran rm180 jer,kalo nak  rm50 ker,rm100 ker xder...kan matik-matik aku kene nipu dengan ejen insurans tu...x halal aku dunia akhirat....dah tu aku minta balik duit...yang aku dapat balik rm1300,coz aku lambat claim balik hanya lambat 2 hari jer pun...dan lagi syahdu ejen tu xnak jumpa..dah tao dia berdosa giler kan..naya orang....dah jadi paranoid plak nak amik insurans nih...insurans nih ada kebaikannyer,kang tetiba terkene malapetaka ker ape ke kan?insuranlah datang membantu untuk itu dan ini,tapi yakni skang nih aku x mao fikir lagilah..nanti-nantilah dulu...Eh...dari gigih nak citer pasal hujan dan sejuk nih ke insuran plak perginyer kan?salah simpang plak nak kona...
cth jer baju sejuk nih,yang aku pakai tuh super star kan,giler super star!..wehuuu...


Sejuk ...memang sejuk..skang pun sejuk lagik... petang-petang confirm hujan..dah berlanjutan sampai ke malam,dan tetiber plak..x pernah-pernah pakai sweater memalam,sejarah giler pakai sambil buat muka menggigil..dah terpelik en.somi nengok weehuuuhu....hopefully x jem la petang nih nak balik kerojer kan?jenuh nunggu kat luar tu dengan nyamuk n agas....transport x mai-mai lagik...okeslah youoolllss..dah tengahari dah pun,arini aku rajin sikit..bawa bekal makanan kat tempat keje...besok-besok rasa malas menjelma,tapau plak kat SINGGAHAN ker xpun pakcik lori yang superb peramah tu...

P/S:jom makan...lapar...nih ..sejuk...:)


Monday, November 05, 2012

AKU DAN BUAH-BUAHAN

Semenjak dua menjak ni,aku suka sangat makan buah-buahan...beli buah epal,buah oren,buah pear..nak beli buah rambutan tapi x ketemu plak kat pasaraya HERO nih...la ni bantai makan jeruk buah plak...kan janji buah-buahan whehehe...so memalam after masak ker kunyah buah-buahan dulu sunah nabi orang kata,tp bukan buah kurma ke?janji buah kot? Tapi skang ni kan musim ujan menggiler,ribut sandynyer plak kat newyork sinun tuh...hai apa la nasib dorank kat sana kan?makan pun makanan sejuk...bekalan elektrik terputus kata adalah seorang dua rakyat mesia duk kat sana...tapi hujan-hujan nilah..aku paling suka makan buah oren,kan?x pelik ker?
Yang kat sini takat hujan lebat jer pun aku dah meroyan,@ menjerit ker? cakap "cepat-cepat angkat kain di jemuran,aku dah basah lencun ni!,tolonglah weyh!"tapi dalam mulut gigih mengunyah oren,"kang bau hapak baju-baju ni tak koser aku nak basuh lagik"...kan?nampak?belum apa-apa lagi aku dah tak tentu arah...begitu la perempuan @ akulah wanita itu yang cepat panik dek hujan lebat,kalao ribut yang kat pantai tu,tetiba teringat en.somi,lagik kasihan..."kalo ribut yang,badan rasa terhoyong hayang,nak tarik bot pun,king kong(kete kebal) tu macam kejap ke tengah,kejap ketepi,kang x pernah mengeluh sampai rumah rilek jer,tapi aku ni dengan kain baju pun aku nak bergaduh weeehuuu...itulah bezanyer sifat lelaki dan perempuan ni kan? En.somi pun kadang-kadang landing baca blog aku ni,mesti kembang kuncup sana sini dok bagi puji-pujian kat dia tadik kan?matik perasanlah...

Ari ni ari senin.betul?..aku pun tak tao aku melalut ape kan?hopefully bley faham n enjoy dis story okay wehuuu....anyway aku nak taruk pic buah-buahan kat bawah entri nih,mane tao pasni korank pun suka jugak makan buah-buahan dulu sebelum makan nasi..x gitu weeehuuu....

yang ni mencantikkan kulit weehuu...n vit.c pun ado.
buah kecik-kecik jer senang nak kunyah weehuuu...

makan 1 bakul pun xper weeehuuu...

Wednesday, October 24, 2012

EPAL DISALUTI LILIN

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.
Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.
Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.
Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

Tetapi yang ni kiter nak citer pasal epal yang disaluti oleh lilin even benda tu diluluskan tapi bila tak dikikis time nak makan tu akan menyebabkan pencernaan yang lama dalam perut selama seminggu YOU....aiiihhh...kan,macam manalah nak sihat kalo dah sampai tahap macam tu sekali dorank buat... ni ha dia rupa buah epal yang disaluti oleh lilin tu...SO macammana youoollsss...selama nih takat basuh n terus gigit makan kan?samalah kiter...uhuhuhu...so dah tao ni,haruslah bekerja keras mengikis lilin tu...baru la ada khasiatnya...

epal yang disaluti lilin...

Tuesday, October 16, 2012

SKETSA ADAM & HAWA...

Bila bercerita  pasal  apa-apa favourite yang kiter gemor,mesti nada teruja tu ada kan?heee.. skang nih demam dengan citer adam & hawa,ala yang citer dari novel tu...da abes khatam dah pun citernyer...tapi kalo dah masuk drama tu ada la sedikit kekurangannya tapi tetap best...citer ni en.somi x layan coz astrok kat umah xder channel nih,so mengambil  kesempatan kat opis jerlah layan malaymovies...ermmm..pelakonnya sape lagi kalo bukan hero semalaya...aron ajis n nadia nissa..confirm cairlah tengok lakonan dorank ni kan?...hew..hew..so nak dijadikan cerita,ini antara babak story sayer dengan en.somi...

me: eh bang..citer terbaru skang nih kat astro bestlah,citer ape namanyer tu adam & hawa?(ceh buat2 lupa tajuk)
him: ye ke?ntahlah..x layan citer jiwang lendir semua nih...(blurrr..)
me:eh..eh..abg x tengok lagik citer nih,sekali dah tengok mesti nak tengok lagi episod seterusnya..dahlah aron ajis plak tu...tapi pelakon perempuannya tu bese-bese jerlah..:)(mode bersemangat nk propa)
him:owh...maya karin x berlakon sekali ker dalam citer tu?
me:maya...?xlah..daripada amik maya bayek amik sayer nih ha...kan ada ala-ala maya karinnyer...bahahhaha..(.matik ar perasan abes)
him:bahahahha...sayang nih kalo bab perasan ni,memang jadilah....aduyai...
me:eh..eh x perasan tao,ada member yang cakap macam?..yer..macam tu dah sama dengan serupalah kalo x maya karin, adik maya karinlah.....(1 package dia btao)
him:hahahhaha....kawan sayang tu juling kot...adakah?.(gelak lagi kuat,sampai sakit telinga aku)
me:ermmm...malas la nak layan abg nih...bayek i p mandi..(sambil berjalan dan menjeling kat abang)
him:elok-elok mandi dalam bilik air tu...jangan lama-lama sangat ,almaklumlah la  feeling-feeling maya karin..
me:perlu ke? (sambil buat muka seribu satu kedut)

* kan?x bersemangat nak puji isteri tao.. heeee...walaupun rupa tu x sama pun kan?(hahahha...gelak dalam hati)



Monday, October 15, 2012

3 FAKTA ORANG YANG MENGGUNAKAN TANGAN KIRI VS TANGAN KANAN



Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atautangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.
Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan. -amekaw-

Monday, October 08, 2012

OUUCCCHHH! SAKITNYER!..

Ntah kenapa la malangnya nasib,ibu jari kiriku tersepit pintu penumpang gara-gara kuar nak tengok parking ok ke x ok...aiisshh...macam-macamlah kan kalo dah nak kene tu..memula tu sayer rasa kebas jer n bila tengok balik kat ibu jari tuh..masyallah....darah keluar dengan banyaknyer kat celah-celah kuku tu,bley lagik sayer unjukkan tangan kat en.somi sambil  berkata"tangan sayer ni terkepit tadik,ingatkan ckit jer,dah berdarah plak nih,sayer naik ataslah dulu,brg tu nanti abg bawa naik ataslah",ceh konon-konon nak bg hati tu rilek ler kan?baru berjalan dua tiga anak tangga,rasa jantung tu menyucuk-nyucuk,rasa bisa dia tu dah menyerap ikut urat yang sealiran dengannya..tetiba rasa sayu nak nanges,bukan dibuat-buat,disebabkan menahan sakit sangat la jadik macam tuh,cube kalo nanges jer sepanjang perjalanan nak sampai kat rumah tu mungkin lega ckit kot bahahahha..

Dahku usha mana la letak handyplast n minyak gamat tu,akhirnyer jumpa juga,terus disapu ke tempat kemalangan tu...tapi..tapi..tapikan?memang idok ler bley tido malam,dengan bisa dan denyut kat kuku tu buat sayer menahan pernafasan,semua tu pun gara-gara xnak rasa sakit...pukul 3pagi lagi terjaga sampai pukul 5 pagi,golek sana cni baru voley tido... heee...ari ni p kejer wat inventory plak,dengan harapan ibu jari ku ini cepat sembuh yer...nak angkat buku kan dah susah nanti....begitulah......

cth lebey kurang macam ni lah...

Thursday, October 04, 2012

KOLAGEN oh KOLAGEN..

Bercerita pasal kolagen nih,sayer memang fail sikitlah,if memang dah pernah meneray mungkin bley bagi testimoninyer kat korank kan?tapi semenjak dah pandai berfikir yang umur itu(sayer) semakin menginjak ke alam ketuaan,jadi alternatif itu harus ada la kan?sape xnak kulit putih halus gebu xder sedikit pun celakaannyer kan?eh dah ke celaka plak perginyer,cela maksud sayer heee...Dah separuh nyawa sayer google nih, adalah yang menyentap di hati dan jiwa cuma dalam benak tu memikirkan sesuai ke you?okay ker?ohmaygaddd!...macam-macam lagik la..So,ikut MYR...dalam wallet,beli yang murah dululah,yang budget-budget lagik...hoi!...budget-budget pun mane taok sesuaikan,yang penting dalaman tu harus sihat..

Hati sayer terpanggil macam... something going out from my head(imagine)  asyik sakit jer sayer nih,selang 2 bulan mesti sakit,kalo x batuk,demam,flu,sneezing,itchy tu semua seangkatan rajin benor landing-landing kat badan sayer nih,member len rilek jer pun bila terkene sedikit tempias ujan...aiiihhh...ker antibodi sayer nih lemah...x termasuk lagi dengan bahu yang rajin benar tegang uratnyer...nak pusing pun payah...:(
So,mungkin juga kolagen nih voley membantu kan?my andaian jerlah tu...tapi if x try mane tao kan?jom kita cuci-cuci mata produk yang dalam igauan tu,heee...yang mungkin mampu memberikan perubahan kesihatan kepada diriku...jom kita layankan....(ehsan mr google,timakasih yoh)

cordy Belle

 

Formulasi Cordy Belle adalah minuman berkhasiat Beri,Ekstraksi epal,Manjakani(Quercus infestoria),Pueraria Lobata dan Inulin dan diperkayakan dengan Marin Kolagen dari Korea bersaiz kecil,hanya 500 Dalton(produk biasa:1000 - 3000 Da)yang terbukti paling berkesan dalam penyerapan gastrointestinal.


Minuman enak terpaten yang kaya AOX.

Ramuan herba mahal seperti Kultur Cordyceps Ekstrak,Manjakani Ekstrak,Pueraria Lobata Ekstrak untuk penjagaan dalaman dan luaran badan.

Kaya Epal Polifenol (Procyanidin, Chatechin, Plorizin-appjfnol) yang membantu kesihatan kulit,rambut dan sistem badan.

Terbukti berkesan untuk meningkatkan kekenyalan dan ketegangan kulit.



Mari kita lihat apa manfaat dan kebaikan Cordy Belle untuk wanita:



menjadikan kulit cantik, lembab dan elastik



meregulasikan hormon dan penjagaan dalaman badan



penghalang UVA/UVB daripada sinaran matahari (oral sun block)



mengurangkan parut dan kesan jerawat



menyihatkan rawan dan sendi tulang

koko kolagen
Cocoa Collagen Power Plus merupakan produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman. Koko Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat. 
el marino
Bina masa depan kulit anda dengan EL Marino, 3 aksi sasaran untuk kulit sempurna dari dalaman:

1. Menyekat enzim yg menguraikan struktur kolagen dan elastin kulit.

2. Mempertingkatkan sintesis kolagen dan elastin baru.

3. Menambah semula kolagen dan elastin yg hilang dalam dermis.


Terbukti dan teruji secara klinikal dengan wanita Asia*, selepas penggunaan 4 minggu:
100% mengalami pengurangan garisan halus dan kedutan.

85% mengalami peningkatan dalam kelicinan kulit.

78% mengalami peningkatan dalam penghidratan kulit.

52% mengalami pencerahan tompok gelap.

P/S:ada yang berkenan di hati?@ ada sebarang cadangan,lantingkan dcni yer..:)

Tuesday, October 02, 2012

10 JENIS MAKANAN YANG MENURUNKAN KOLESTEROL

kamu-kamu yang diluar sana tu termasuklah sayer tidaklah dinafikan makanan yang berlemak itulah yang paling sedap dimakan,kan?so untuk mengurangkan kolestrol dalam tubuh badan kita,contoh makanan-makanan yang kat bawah nilah yang terbayek sekali harus ada dalam pola pemakanan kita. Inilah antara 10 jenis makanan anti KOLES...pepon bacalah untuk pengetahuan korank yer,sharing is caring...
Headline



Ada sejumlah makanan yang bisa menurunkan kadar Low-Density Lipoproptein (LDL) alias kolesterol jahat yang menyebabkan plak di pembuluh darah, dan meningkatkan High-Density Lipoprotein (HDL) alias kolesterol baik yang bisa dimanfaatkan tubuh untuk mengolah vitamin yang larut di dalam lemak.
Untuk menurunkan kadar LDL, Anda harus mengurangi asupan lemak jenuh. Lemak jenuh biasanya ditemukan di produk hewani, misalnya daging, susu, krim, mentega, dan keju. Ada juga lemak jenuh yang berasal dari nabati misalnya santan, minyak kelapa, dan lemak nabati.
Namun banyak juga makanan yang mengandung lemak tidak jenuh sehingga sangat efektif menurunkan kadar kolesterol.

1. Kacang kedelai
Kacang kedelai dan turunannya, alias kedelai yang sudah diolah misalnya menjadi tahu, tempe, susu kedelai, dan tepung kedelai mengandung isoflavon, yaitu zat yang bisa menekan LDL.
Tapi ingat, meski nikmat tahu dan tempe bisa tidak efektif menurunkan kolesterol bila diolah dengan sembarangan. Misalnya, digoreng dengan minyak jelantah atau dicampur santan. Sebab, santan dan minyak goreng adalah sumber lemak jenuh.
Badan Pengawas Obat dan Makanan Amerika Serikat (FDA) menganjurkan untuk mengonsumsi sedikitnya 25 gram protein kedelai per hari untuk menurunkan kadar kolesterol.

2. Kacang-kacangan
Kacang adalah sumber serat larut yang sangat tinggi. Mengonsumsi serat larut bisa mengurangi kolesterol. Mengonsumsi kacang seperti buncis, kacang merah, kacang panjang secara teratur selama enam minggu bisa mengurangi kadar kolesterol sebanyak 10%.

3. Ikan Salmon
Ikan salmon sangat baik karena mengandung asam Omega-3 yang bisa menurunkan LDL dan trigiserilda serta meningkatkan HDL. Salmon mengandung EPA dan DHA yang baik untuk kesehatan jantung.
The American Heart Association merekomendasi paling tidak dua porsi per minggu untuk mendapatkan manfaat maksimal. Selain salmon, ikan tuna, trout, sarden, makerel, dan hering juga baik.

4. Alpukat
Alpukat adalah sumber lemak tidak jenuh yang bisa meningkatkan level HDL. Sayangnya, alpukat tinggi kalori, sehingga harus dikombinasikan dengan sayur-sayuran yang bisa menekan kalori.
Satu buah alpukat berukuran sedang mengandung 300 kalori dan 30 gram lemak tidak jenuh sedangkan kebutuhan tubuh manusia normal adalah 1.800 kalori dan 30 gram lemak tidak jenuh per harinya.

5. Bawang Putih
Sejak ribuan tahun lalu, bawang putih sudah dipercaya mengandung banyak zat yang baik untuk kesehatan manusia. Bangsa Mesir Kuno memakai bawang putih untuk meningkatkan stamina.
Di masa modern, bawang putih dipakai untuk menurunkan kolesterol, mencegah pembekuan darah, menurunkan tekanan darah, dan melindungi tubuh dari infeksi.
Hasil penemuan paling mutakhir, bawang putih bisa mencegah partikel kolesterol menempel di dinding pembuluh darah.

6. Bayam
Bayam mengandung banyak lutein. Lutein adalah zat penting yang bisa menjaga kesehatan dan ketajaman fungsi mata. Lutein juga ternyata bisa menjaga kesehatan jantung karena bisa mencegah lemak menempel di pembuluh darah. Dianjurkan, memakan bayam setiap hari sekitar setengah mangkuk untuk hasil maksimal.

7. Margarin
Beberapa jenis margarin bisa menurunkan kadar kolesterol. Misalnya margarin dari minyak biji bunga kanola

8. Mede, Almon, dan Kenari
Lemak tak jenuh tunggal, di dalam kacang mede, almon, dan kenari adalah bahan makanan rendah lemak yang baik untuk kesehatan jantung.
Kacang-kacangan itu juga mengandung vitamin E, magnesium, dan phytochemical yang terkait erat dengan kesehatan jantung. Sayangnya, seperti alpukat, kacang-kacang ini sangat tinggi protein. Jadi, jangan rakus makan kacang agar manfaatnya benar-benar maksimal.

9. Teh
Teh, mau diminum dingin atau panas, sama saja manfaatnya. Teh mengandung antioksidan yang bisa membuat pembuluh darah rileks sehingga terhindar dari pembekuan darah.
Antioksidan di dalam teh, yaitu flavonoid bisa mencegah oksidasi yang menyebabkan LDL menumpuk di pembuluh darah. Menikmati segelas teh setiap hari bisa memenuhi kebutuhan antioksidan.

10. Cokelat
Cokelat ternyata sehat. Tentu saja, cokelat yang dicampur terlalu banyak susu mengandung terlalu banyak lemak. Jadi, pilihlah cokelat hitam atau pahit. Cokelat sehat karena mengandung banyak antioksidan dan flavanoid. Cokelat putih, tidak mengandung zat itu sehingga kurang sehat dikonsumsi.
Kandungan flavanoid cokelat bervariasi tergantung di mana cokelat itu tumbuh dan proses pengolahannya. 

Friday, September 28, 2012

SEGMEN I FOLLOW

Salam, amacam arini ada sihat ka?Selalu dan kerap sangatlah, acapkali nk tegur orang ayat nilah yang banyak memberikan respon on the sport kepada si pendengar soalan..hehehe...Ada perasan x tajuk entrinyer ituew.bukan i follow (4) salleh yacob tu.gurau jer ..:)ermm...actually ramai jer yang dah buat,sayer jer pun terhegeh-hegeh dan tersipu siput baru nak buat...kan?kekadang tu bukan apa..terfikir jugak,mana tao dengan adanya segmen sebegini follower pun akan menjadi bertambah...dan blogger lain pun sedar akan wujudnyer blog picisan macam sayer nih..(humble sangat) :)..ahahaha..sudahlah...nowadays...semakin ramai yang buat blog...tujuan?ada bermacam-macam tujuan,contoh ayu spt:

1:nak tambah kenalan
2:berniaga online
3:diari
4:resepi
5:shopping barangan
6:melancong
7:keluarga
8:citer pasal artis(paling org suker nk click tekan & tgk,x caye tanyalah beautifulnara)
9: contest nuffnang & yg lain-lain(menjamin $ masyuk!)
10:Blog jenayah(mcm mazidul sidek)pun hokey...
yang len-len tu..ada lagik?lanting-lantingkanlah kat cni yer...dan adanyer shoutbox nih pun sedikit sebanyak membantu kita dan followers kita saling memfollow diantara satu sama lain...ternyata ada jugak blogger yang x suka...tapi majhoritinyer suker la kan?kalo x xkan ada SEGMEN I FOLLOW nih..kaylah youoolsss...dibawah ni kan contohnyer:


Norsalmi: Balas kunjungan n follow.. 156
27 Sep 12, 09:02 PM
Ieja: Jalan-jalan disini hilangkan boring.
Bagi awak trafik free. :)
27 Sep 12, 08:10 PM
harrazdani: dah follow balik...thanks
27 Sep 12, 08:10 PM
harrazdani: salam sahabat
27 Sep 12, 06:40 PM
mr.moustache: singgah sini (:
27 Sep 12, 05:53 PM
Liyaa Mf: 154 lapor diri! :P
27 Sep 12, 05:27 PM
sekampung: singgah balik ya..
27 Sep 12, 05:20 PM
miyamienatasha: tq,semua yg memfollow..luv u ollss...:)
27 Sep 12, 04:07 PM
Raja Ratu: blogwalking sebelum meeting.. jom ke elykojal.blogspot.com lak ya..

p/s:jangan tersipu-malu  nak follow...:)

Wednesday, September 26, 2012

Shila Amzah - Juara Asian Wave 2012 (china)

Gaya bersahaja..sang juara
Pelantun lagu "Patah Seribu", Shila Amzah mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China malam tadi.

Berita gembira ini disahkan oleh adik-adik Shila, Syahir dan Syada yang memberikan ucapan tahniah melalui akaun Twitter.

"Alhamdulillah. @Shilaamzah is the champion for Asian Wave 2012! Thanks to you guys for voting. Let's trending #TahniahShilaAmzah," dipetik daripada akaun Twitter Syahir.

Bersaing sengit dengan lima finalis dari negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India, Shila telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu "Gemilang" nyanyian Jaclyn Victor, "Grenade" nyanyian Bruno Mars dan juga lagu hit Mandarin berjudul, "Conquering" nyanyian Na Ying.

Pada mulanya, peserta dari China mendahului di tangga teratas dengan undian secara talian iaitu melebihi 140,000, manakala Shila berada di tempat kedua dengan 69,000 undian.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan, Shila mengakui terkejut dengan pihak media di China yang melabelkan dirinya sebagai penghalang kepada peserta dari negara republik tersebut menjuarai pertandingan ini.

Pertandingan ini telah bersiaran pada jam 8.30 malam dan berlangsung selama empat jam.

Menjuarai Asean Wave 2012
Asian Wave 2012 adalah program nyanyian versi Cina yang hampir sama dengan sebuah program di Korea Selatan, "I Am Singer" terbitan MBC dan "The Voice" terbitan Mnet.
Sama-sama kita saksikan video kelantangan suara shila amzah dalam pertandingan ini..confirm meremang bulu ngeee...






Thursday, September 20, 2012

MILLA JOVOVICH("RESIDENT EVIL RETRIBUTION"

Salam semua,kalau-kalau adalah makhluk yang TERjenguk kat belog nih kan? thehehee..ermmm..eh..you all dah p tengok ke belom movie "RESIDENT EVIL RETRIBUTION",fuh!..sungguh-sungguhlah sayer tengok citer tu.. bukan ape,gaya aksi lasak pelakon dia tuh ha yang membuatkan sayer terlopong sekejap..sib bayek orang kat dalam wayang tu tak nampak, yelah kan gelap tu,sayer pun rasa kat mesia ni pun voley ajer wat gaya macam tu tapi apakan daya sistem kecanggihan filem kita belum sampai lagi di tahap yang memuaskan.
Nama pelakon tu MIILA JOVOVICH, Milla Jovovich  is an American model, actress, musician, and fashion designer...fuh! full package tuh...really admire la dia punyer mutu lakonan kan?sape setuju angkat tangan! :),Apa-apa pun moh ler kiter layan pic milla nih....staytune....


pertukaran masa,harus waspada!
Dikejar zombie!...ala-ala zombie kampung pisang...tapi zombie yg nih lagi ganaz ngeee..
pertukaran tempat di tokyo jepun plak...virus2...



cerita nih x abes lagi sebenarnya,ada sambungan lagik tuh....coz zombie dah berkampung kat sebelah plak tunggu masa nak menyerang balas,sama-sama kita saksikan di kemunculan akan datang,ceh...macam iklan la plak...pepon layan erk....heeehee....

Wednesday, September 05, 2012

MINUM AIR LIMAU/LEMON SETIAP HARI



Potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris kedalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.
Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan air lemon boleh membunuh sel2 kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy.
Untuk pesakit2 saya yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis , adenomyosis dan fibroids sila cuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali  sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan pada tumbuhan2 tersebut.

MAKANAN TAMBAHAN

1.Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 8 liter  air dalam sehari semalam.

2.Sayur Sawi - mengadungi banyak vitamin2, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telor yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur.

3.Sayur2 berwarna kuning, orange dan merah  mengadungi banyak vitamin2 dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.

4.Kobis, Karrot, Brokoli, kacang hijau, keledek merah - mengadungi banyak zat dan khasiat yang bolih membetulkan kitaran haid, meimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan.

5.Papaya, jambu batu, buah naga, semangka buah limau nipis/kasturi kaya dalam kandungan vitamin2 khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.

Thursday, August 16, 2012

BONUS BALIK KAMPUNG

sikit ker banyak ker,tetap bersyukur...
Salam...semua,ada bayekkah ini hari?tak kan tak bayek kan?mao nyer mood bayek coz tetiber arini jalan raya pun tak bape nak jem...lengang jer dari pukul 8.30am,boleh landing-landing,kona baring pun mak tak kesah..heee....sampai kat opis kete pun x bape nak banyak macam bese..kalo ari biasa sampai main blocking-blocking lagik,dengan student yang sesuka hati nak parking kete kat staff punyer tempat,tapi skang suka atiklah nak parking mana pun,tempat kosong banyak lagik,x perlu berlanggar punggung,space besar- space besar ngeee.... korank yang dah bergaji ni dah dapat ker belum duit BONUSnyer,orang tua sayer tanya"awak dah dapat ke belum duit bonos?hehehe...kan kelakor jer bunyiknyer...Kira okaylah dapat bonus tahun ni,walaupun setengah bulan jer janji dapat yer dak?daripada langsung tak dapat...syukur jugaklah...sekurang-kurangnya lepaslah juga duit pasar lepas raya ni nanti.Pernah dengar tak lepas raya jer berputih mata sebab apa?sebab mengamalkan sikap boroslahkan... contoh paling ayu,ada sesetengah tu  tak ingat apa dah, beli yang tu beli yang ni,sampai lupa keesokan harinya nak makan apa...nak p kerja pun duit dalam poket dah xder,kang kene buka balik buku belanjawan..uhuhuhu...sadis betul..minta-minta dijauhkanlah dari sikap seperti di atas tu...(peringatan untuk diri sendiri)ecececeh....

Besok dah balik kampung  en.somi dah...xderlah jauh sangat pun..1 jam setengah jer kalo tak jem...area-area sepang sinun juga lalunyer...tapi litar sepang pun tak pernah masuk,ape kes?lepas ni insyallah kalau xder aral melintang jadi warga Lukut la plak hahaha...kan?mak pernah cakap dulu "tahi lalat kat tapak kaki ko tu besar,habislah ko jelajah jalan sana sini,",masa tu tengah slow pick up,ntah ape-apelah telahan orang tua kan?tapi skang macam mana puan?eh..eh..memang iyer la (angguk-anggukkan kepala) ke sana ke sini sayer duduk,pindah sana pindah sini..(eh..eh..tetiber teringat tuan rumah sakit ati la plak).tapi pusing-pusing kat negara malaysia terchenta jugaklah...kan? dah tadi budget macam pindah jauh duk jepun ke australia ke,cni jerlah pun...LOL..Departmen sayer ni famous amos dipanggil silent area...dah nama pun library kan?lagu-lagu raya x dipasang,kalo santak sangat nak dengar lagu tu,tu dia!harus amik earphone seorang satu  ker sumbat dalam telinga dengarlah sorank-sorank  lagu raya tu,mode raya pun mari ma...heee...
x perlu merempit balik kampung,pandu cermat jiwa selamat..


p/s:petang ni balik kerja,packing segala yang ada,tutup suis cabut plug,keselamatan itu perlu ada, selamat hari raya,dari kami tasha & ijai...